GURU O GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah, boleh diistiharkan tidak layak untuk hidup di dunia ini. Winston Churchill pernah mengatakan " Orang yang tiada masalah , hendaklah diistiharkan telah mati ". Ingatlah.... masalah yang paling besar dalam kehidupan ini adalah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. Syaitan yang sentiasa mengajak kita melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita melakukan maksiat
One ought never to turn one's back on a threatened danger and try to run away from it. If you do that, you will double the danger. But if you meet it promptly and without flinching, you will reduce the danger by half. Never run away from anything. Never!
Winston Churchill
Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan menggangu anak Adam, dia akan menggoda bani Adam, dia akan menyesatkan bani Adam. Mereka akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan. Inilah masalah yang perlu kita hadapi.
Sebagai guru peranan kita amat besar untuk mendidik manusia ke arah jalan yang benar. Jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Mungkin kita merasakan bahawa masalah bebanan kerja yang terlalu menekan, dengan masalah murid yang nakal, murid yang degil, murid yang tak mendengar cakap, murid yang mungkin kadangkala melawan, murid yang lemah dalam pelajaran dan sebagainya sentiasa menghantui kehidupan kita. Wahai Guru...... bukankah itu mengajak kita untuk berusaha berjihad mendidiknya! Dan stiap didikan kita kepada murid akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Yakinlah dengan kepayahan mendidik dan ujian Allah serta masalah yang kita lalui akan mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. InsyaAllah kehidupan kita akan menjadi lebih tenang kerana ketahuilah Allah menentukan segala-galanya.
SELAMAT HARI GURU
2011
" Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara "