Friday 29 April 2011




Pendaftaran
SK Langgar telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi Tahun 2011 pada 29hb. April 2011 (Jumaat ) Jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ismail ADUN Kuala Berang. En. Abdul Rashid b Taib, Kaunselor Pendtadbir PPD Hulu Terengganu turut hadir mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. 


Kehadiran ibubapa lebih kurang 100 orang. Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran YB, Wakil PPD dan ibubapa ke mesyuarat tersebut. 

Barisan VIP
Tidak lupa juga uacapan terima kasih buat semua guru-guru dan kakitangan sekolah yang telah berkerja keras untuk menjayakan mesyuarat. Tahniah kepada semua AJK PIBG khasnya Setiausaha. Selamat Maju Jaya. PIBG Pendokong Kecemerlangan Sekolah.









Anugerah kecemerlangan UPSR 2010
Terima kasih kepada YB

Terima kasih wakil PPD

Mesyuarat PIBG dimulakan

GB raikan YB dan Wakil PPD
Jamuan Ibubapa

Sunday 3 April 2011





Pasukan Bolasepak SK Langgar telah menjadi Johan dalam pertandingan Bolasepak Peringkat Zon KDSR yang diadakan di SK Tok Randok. SK Langgar FC mewakili zon KDSR 1 di Pertandingan Bolasepak MSSDHT 1 April 2011 dan telah berjaya menjadi Naib Johan.