Saturday 2 July 2011



Tanggal 2hb Juali 2011 (Sabtu), SK Langgar telah melaksanakan kegiatan larian beramai-ramai yang melibatkan semua pelajar dari Pra sekolah sehingga Tahun 6. Larian ini juga melibatkan guru-guru dan ibubapa. Akltiviti ini diadakan selaras dengan Pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan. Larian bermula pada Jam 7.45 pagi serentak dengan Pelancaran Peringkat Kebangsaan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin di Taiping Perak. Lebih kurang 3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara terlibat dengan aktiviti ini.


 Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Dasar 1M,1S ( 1Murid, 1Sukan ) agar setiap murid menikmati manafaat kegiatan sukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Objektif :-
  • Melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi besar lagi berkualiti di sekolah
  • Melahirkan masyarakat sekolah yang meminati sukan dan hidup sihat.
  • Menggalakkan interaksi aktif danm sihat dikalangan murid, guru dan ibubapa dan ,memupuk pemuafakatan dan perpaduan yang utuh.
  • Mengeratkan hubungan yang baik diantara ibubapa dan warga sekolah melalui sukan.
  • Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti sukan.
  • Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.